BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 3 June 2012

KELUARGA BAHAGIA Bahagia diperoleh apabila keperluan dan kehendak dipenuhi. Sepasang suami isteri dianggap bahagia apabila menaiki sebuah kereta mercedes sabil menikmati keindahan bumi ciptaan Tuhan. Sepasang suami isteri mungkin tidak dianggap bahagia apabila berderet-deret membawa anak beranak menaiki bas ke satu destinasi yang jauh. Pada anggapan kita kedua-dua pasangan ini mempunyai kedudukan yang sangat berbeza. Tahukah kita pasangan yang dianggap bahagia itu amat sengsara kerana menanggung hutang di sana sini. Manakala pasangan yang satu lagi amat bahagia kerana bersyukur dengan apa yang ada. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda maksudnya "Lihatlah kepada orang yang berada di bawahmu (bawah dari segi kewangan, taraf sosioekonomi dan sebagainya) dan jangan lihat kepada orang yang berada di atasmu kerana hal tersebut lebih patut agar kamu tidak meremehkan nikmat yang telah Allah berikan kepadamu". (H.R Bukhari dan Muslim) Antara tujuan perkahwinan secara ringkas adalah: 1. Ibadat kepada Allah dengan mengikut sunnah nabi s.a.w 2. Memenuhi fitrah dari segi biologi 3. Memenuhi keperluan psikologi 4. Memenuhi keperluan sosial Empat kebahagian dalam hidup . Wanita solehah . Rumah yang luas . Jiran yang soleh . Kenderaan yang selesa Empat penderitaan . Jiran yang jahat . Perempuan yang jahat . Kenderaan yang buruk . Rumah yang sempit

Wednesday 30 May 2012

31.05.2012
1. aku sayang pada mu
2. hari-hari ku rindu padamu

Tuesday 6 March 2012

Mencari sesuatu yang pasti

Alhamdulillah ,...pada tengah malam ini, aku masih ada ruang dan kesempatan untuk bertemu kembali di ruangan secalit nota.. Dah lama tidak menulis. Sesuatu yang perlu dikongsi bersama. Pada beberapa minggu lepas ada seorang penjaga menelefonku dalam sekitar pukul 10.00 malam. Penjaga ni agak luar biasa bagiku. Dia hanya menyampaikan pesan agar anaknya jangan didekatkan atau tidak dibenarkan bergaul dengan salah seorang rakan sekelasnya yang sama bangsa dengannya. Pelikkan!..Macam-macamlah. Alasan yang diberi memang aku boleh terima. Dia berbuat begitu untuk menjaga agar bahasa melayu anaknya bertambah baik..