BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 3 June 2012

KELUARGA BAHAGIA Bahagia diperoleh apabila keperluan dan kehendak dipenuhi. Sepasang suami isteri dianggap bahagia apabila menaiki sebuah kereta mercedes sabil menikmati keindahan bumi ciptaan Tuhan. Sepasang suami isteri mungkin tidak dianggap bahagia apabila berderet-deret membawa anak beranak menaiki bas ke satu destinasi yang jauh. Pada anggapan kita kedua-dua pasangan ini mempunyai kedudukan yang sangat berbeza. Tahukah kita pasangan yang dianggap bahagia itu amat sengsara kerana menanggung hutang di sana sini. Manakala pasangan yang satu lagi amat bahagia kerana bersyukur dengan apa yang ada. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda maksudnya "Lihatlah kepada orang yang berada di bawahmu (bawah dari segi kewangan, taraf sosioekonomi dan sebagainya) dan jangan lihat kepada orang yang berada di atasmu kerana hal tersebut lebih patut agar kamu tidak meremehkan nikmat yang telah Allah berikan kepadamu". (H.R Bukhari dan Muslim) Antara tujuan perkahwinan secara ringkas adalah: 1. Ibadat kepada Allah dengan mengikut sunnah nabi s.a.w 2. Memenuhi fitrah dari segi biologi 3. Memenuhi keperluan psikologi 4. Memenuhi keperluan sosial Empat kebahagian dalam hidup . Wanita solehah . Rumah yang luas . Jiran yang soleh . Kenderaan yang selesa Empat penderitaan . Jiran yang jahat . Perempuan yang jahat . Kenderaan yang buruk . Rumah yang sempit